Sebenarnya aku sudah lama mau blog tentang gerai burger paling sedap dan affordable di Kota kinabalu. Harap maklum yang ini bukanlah blog entri yang berbayar atau ditaja oleh mereka. Nama dia Grill Patio Burger. Kalau ada orang claim yang dia asal KK tapi tidak tahu mana lokasi gerai ni pasti something wrong sama ada dia pretender konon-konon dari KK atau memang bukan asli dari KK atau yang korang tanya tu golongan old school atau orang veteran lah bah.
Mereka memulakan bisnes atau perniagaan mereka dalam lebih kurang 3 tahun lepas (kalau tidak silap lah) walau owner dia letak 2011. Mereka bermula dengan menjual grill chicken burger (RM5.50) dan beef burger (RM5.50) juga waktu tu. Kami merupakan antara gerombolan pelanggan awal yang sentiasa membuat tempahan sebab kalau kami ada perjumpaan, kami pasti menempah burger mereka. Sehinggalah mereka mula menjual lamb chop yang berharga RM13 dan memang berbaloi sebab double dan kalau korang minta triple ianya RM20 dan amat murah bagi lamb chop yang sedap dan menggemukkan.
![]() |
kredit untuk page Grill Patio |
![]() |
Gerai di Bandaran |
1)- Grill Patio Burger, Bandaran, Kota Kinabalu
2- Grill Patio Burger, Servay Putatan.
3- Grill Patio Burger, Foh Sang, Luyang
4- Grill Patio Burger, Cyber City, Kepayan
Kalau kamu mahu melihat menu yang mereka sediakan, boleh lihat di bawah ni... kamu juga boleh whatsapp bagi penghantaran tetapi akan dicaj RM3 bagi setiap penghantaran. Biasanya kalau Bandaran, ianya akan tutup setiap hari Isnin dan jangan hairan kalau hari selanjutnya iaitu Selasa ada orang order burger sampai 50 biji grill chicken burger.
Korang boleh kontek atau whatsapp dua orang dalam gambar di atas. Lihat nombor mereka di sudut sebelah kanan bawah, hubungi Rwinz atau Khalil. Wan sudah berhenti dua bulan lepas. Klik sini kalau nak whatsapp Rwinz atau klik sini untuk whatsapp Khalil dan mereka akan melayani whatsapp anda dengan segera cuma jangan pula whatsapp lepas tengah malam.
Jadi kalau korang lapar, jangan lupa untuk ke Grill Patio Burger dan jangan lupa untuk LIKE page mereka di Facebook (https://www.facebook.com/grillpatio) atau tambah mereka sebagai rakan di https://www.facebook.com/grillpatio.burger. Jadi kalau anda baca entri blog ini dan anda ke tempat mereka, beritahu sahaja yang bro AJ yang mentioned mereka dalam blog dia.. selamat menjamu selera.